Informasi Permainan Video Terkini
Activision Mengumumkan Call of Duty: Black Ops 4 Edisi Terhad Kotak Misteri
Artikel Berkaitan

Activision Mengumumkan Call of Duty: Black Ops 4 Edisi Terhad Kotak Misteri

Diterbitkan pada July 20, 2018 oleh .

Dua hari lepas telah kami umumkan di mana Activision mempertontonkan video acah mod zombi buat permainan video Call of Duty: Black Ops 4. Hari ini, mereka mengejutkan lagi peminat dengan mengumumkan Call of Duty: Black Ops 4 edisi terhad kotak misteri.

Kotak misteri Call of Duty: Black Ops 4 ini adalah satu kotak dengan rekaan ala tengkorak dengan tema zombi. Ia menyertakan mata tengkorak yang menyala dengan kesan bunyi zombi.

Di dalam kotak misteri ini terdapat 10 lencana pakar, lithograf yang menggambarkan watak-watak dan peristiwa dari mod zombi, salinan isu pertama Dark Horse’s Call of Duty Zombies, pin lencana adiwira mod zombi yang dihasilkan oleh FiGPiNS, beberapa pemegang telefon Popsocket dan tekaria jigsaw. Lebih menggembirakan peminat adalah permainan video itu sendiri dalam kotak besi dan juga pas Black Ops yang boleh digunakan untuk pas bermusim atau permainan multi-pemain.

Peminat boleh mula mendapatkannya bermula 12 Oktober pada harga $199 (~RM809) melalui pengedar rasmi permainan tersebut.

Call Of Duty: Black Ops 4 merupakan siri seterusnya untuk Call Of Duty bagi tahun ini. Permainan ini memfokuskan bentuk permainan penembak pandang pertama dan kali ini, Call Of Duty: Black Ops 4 tidak mempunyai sebarang mod penceritaan solo dimana ianya akan memfokuskan bentuk multi-pemain. Call Of Duty: Black Ops 4 dirancang untuk dilancarkan pada 12 Oktober ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN