Bulan lepas, Frontier Development melancarkan permainan Jurassic World Evolution secara digital di Playstation 4, Xbox One dan PC. Manakala versi fizikal buat konsol baru sahaja dilancarkan awal Julai lepas.
Kini sejak 5 minggu pelancaran permainan tersebut, Frontier Development menyatakan bahawa permainan tersebut kini telah terjual sebanyak 5 juta salinan. Hasil jualan ini juga adalah hasil campuran antara jualan digital dan juga fizikal.
Ketua pegawai eskutif Frontier Development, David Braben menyatakan bahawa beliau sangat berbangga dengan hasil pencapaian permainan ini. Beliau juga menyatakan sememangnya filem Jurassic World: Fallen Kingdom banyak membantu buat hasil jualan permainan tersebut, namun beliau juga pasti kualiti permainan tersebut sememangnya membuahkan hasil buat peminat untuk bermain permainan tersebut.
Jurassic World Evolution merupakan permainan simulasi yang membenarkan pemain untuk membina taman tema Jurassic Park mereka sendiri. Melaluinya, pemain akan mengendali pelbagai urusan taman tema tersebut termasuklah memastikan keselematan dan taraf kehidupan dinosaur. Permainan tersebut telah pun dilancarkan bulan lepas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.