Life is Strange merupakan salah satu permainan terbitan Square Enix yang menawarkan bentuk permainan pengembaran berepisod, dimana pemain boleh mengawal pelbagai perkara yang memberikan kesan terhadap jalan penceritaan permainan berkenaan.
Ia kemudian ditawarkan untuk peranti iOS. Manakala untuk peranti Android hanya diumumkan akan mula keluar pada bulan Julai 2018. Kini pengguna Android tidak lagi perlu menunggu, kerana ia sudah tersedia untuk dimuat turun. Walau bagaimanapun, permua ini hanya percuma untuk episod pertama sahaja. Episod kedua hendaklah dibeli pada RM3.99, episod lain-lain pada RM19.99 dan keseluruhan episod dalam satu pakej pada RM37.99.
Ini adalah masa yang sesuai untuk pengguna yang belum lagi cuba bermain permua ini. Kerana lebih kurang dua bulan lagi, iaitu bulan September – Life Is Strange 2 dengan Episod Pertama akan dilancarkan pada bulan September 2018.
[download] Muat Turun: Life Is Strange Untuk Android Di Google Play Store [/download]