Informasi Permainan Video Terkini
Marvel’s Spider-Man Memperacahkan Musuh Baru – Berkemungkinan Adalah Carrion

Marvel’s Spider-Man Memperacahkan Musuh Baru – Berkemungkinan Adalah Carrion

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Marvel’s Spider-Man tidak dinafikan adalah permainan video aksi yang dinantikan ramai peminat buat konsol Playstation 4. Sebelum ini, Insomniac Games mengesahkan tiada watak Venom dalam permainan video ini pasti ada yang kecewa namun sebelum juga terdapat ura-ura mengatakan Doc. Octopus akan muncul sekaligus mungkin membuat mereka menanti-nanti kehadiran watak tersebut.

Terkini, melalui isu digital Insomniac Gamers – terdapat satu terbitan surat khabar The Daily Bugle yang memberi amaran pada penduduk New York mengenai dadah yang digelar “Grave Dust”. Kepada mereka yang mengambil dadah ini, kulit akan bertukar kekelabuan, tekstur ala batu, dan akan menyebabkan kemarahan, menimbulkan keganasan terhadap mereka yang tidak bersalah, dan juga diri mencederakan diri sendiri.

Jika anda peminat setia Spider-Man anda pasti akan terfikir “Grave Dust” ini adalah angkara Carrion. Di dalam komik, Carrion adalah musuh ketat lama Spider-Man. Beliau menggunakan kejuruteraan kimia untuk menghasilkan debu atau habuk sebagai senjata untuk mengawal karakter lain.

Carrion mungkin adalah musuh baru yang bertanggungjawab dalam hal ini. Di dalam permainan video ini, mungkin Spider-Man akan bertempur bersama-sama.

Marvel’s Spider-Man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif akan dilancarkan pada 7 September 2018. Bagi anda yang berminat, ianya kini boleh dipra-tempah melalui pengedar rasmi Playstation dan kedai atas-talian Playstation Store bermula dengan harga RM199.


TIPS & ULASAN