Skip to main content

Mario Kart adalah permainan video lumba kereta dengan menggunakan watak-watak daripada siri permainan Nintendo sebagai pelumba.  Minggu ini Mattel Inc mengumumkan mereka akan mengeluarkan siri kereta Hot Wheels yang bertemakan Mario Kart.

Siri ini akan menyertakan kereta mainan dengan watak Mario, Luigi, Peach, Wario, Rosalina, Toad, Bowser dan Yoshi. Namun, ini hanyalah berdasarkan gambar yang diperlihatkan sahaja. Mattels mungkin akan memperkenalkan lebih watak lagi seperti Waluigi atau Donkey Kong.

Lebih menarik, selain kerata mereka turut akan melancarkan litar Hot Wheels berkonsepkan litar dalam Mario Kart. “Wow”. Mereka akan memperlihatkan siri ini di San Diego Comic Con bermula hari ini sehingga 22 Julai 2018. Tetapi peminat hanya boleh membelinya bermula Jun 2019 pada harga $4.99 (~RM20.27).

Leave a Reply