Skip to main content

Fortnite adalah permainan video daripada pembangun Epic Games. Ia boleh dimainkan pada PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga iOS. Walaupun permainan versi pertempuran royal ini percuma untuk dimainkan – Epic Games telah menjana lebih daripada $1 Bilion (~RM4 Bilion) melalui mikro-transaksi.

Menurut penganalisa SuperData Research, janaan Epic Games ini meningkat bermula Oktober 2017 iaitu tiga bulan selepas Fortnite dilancarkan. Kenaikan seterusnya bermula antara bulan Mac dan April 2018 – ini kerana pada waktu ini tular penstriman Ninja dan penyanyi Drake.

Tambahan lagi, sejak Fortnite boleh dimainkan di iOS – Epic Games menjana $15 Juta (~RM60.9 Juta) dalam masa hanya beberapa hari. Data-data ini hanyalah analisa sehingga bulan Mei 2018. Dengan musim kelima Fortnite yang baru sahaja bermula – Epic Games mungkin akan menjana lebih lagi.

Leave a Reply