Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Mencatat Jualan Sebanyak RM1.9 Bilion Untuk Suku Pertama Tahun Fiskal 2018/2019

Ubisoft Mencatat Jualan Sebanyak RM1.9 Bilion Untuk Suku Pertama Tahun Fiskal 2018/2019

Diterbitkan pada July 18, 2018 oleh .

Ubisoft adalah pembangun dari Perancis untuk pelbagai permainan popular seperti Far Cry dan Assassin Creed. Minggu ini mereka telah mengeluarkan laporan jualan untuk suku pertama bagi tahun fiskal mereka yang berakhir pada 30 Jun 2018 – iaitu sebanyak $466.5 Juta (~RM1.9 Bilion).

Mengikut ketua pengawal eksekutif Yves Guillemot, ini merupakan pencapaian terbaik untuk satu suku. Kejayaan ini sudah semestinya dibantu oleh kejayaan Far Cry 5 iaitu permainan video paling laris untuk siri Far Cry – yang turut mencatat jualan sebanyak setengah juta di Steam. Selain itu, jualan The Crew yang dilancarkan pada 29 Jun turut membantu.

Konsep games-as-service (jualan kotak tikam, jualan dalam permainan, dll) yang Ubisoft sertakan pada kebanyakan permainan mereka seperti Rainbow Six: Siege dan For Honor merupakan penyumbang utama untuk hasil jualan ini.

Jika mengikut platform, PlayStation 4 mendahului dengan 38%. Menariknya berbeza dengan tahun lepas pada suku yang sama, PC mendahului hasil jualan berbanding Xbox One dengan menyumbang 24% berbanding 22% untuk konsol Microsoft. Manakala Switch menyumbang 5% untuk hasil jualan.

Berdasarkan kejayaan suku pertama mereka ini, Ubisoft menjangkakan mereka akan berjaya mencapai sasaran hasil jualan untuk tahun fiskal 2018/2019 iaitu $2.3 bilion (~RM9.34 bilion) tambahan Assassin Creed: Odyssey yang bakal dilancarkan pada Oktober kelak pasti melonjakkan lagi jualan mereka.


TIPS & ULASAN