Informasi Permainan Video Terkini
GTFO Memperlihatkan Bentuk Permainan Dengan Musuh Yang Menakutkan
Artikel Berkaitan
PC

GTFO Memperlihatkan Bentuk Permainan Dengan Musuh Yang Menakutkan

Diterbitkan pada July 18, 2018 oleh .

GTFO adalah permainan video penembak pandang pertama koperasi 4 orang bergenre seram. Video acah yang menunjuk bentuk permainan baru ini – memperlihatkan musuh baru yang menakutkan.

The Shadow – adalah musuh lutsinar yang menakutkan. GTFO adalah satu permainan video seram yang memerlukan pemain mencari artifak berharga dan selesaikan teka-teki kontekstual dalam situasi yang mencabar.

GTFO juga boleh dikatakan adalah satu permainan video ala Left 4 Dead tetapi musuh-musuh adalah makhluk asing seram dan bukannya zombi.

Sayang sekali, pembangun permainan video ini – 10 Chamber Collective, masih tidak mengumumkan tarikh rasmi pelancarannya. Tetapi yang pasti ia mungkin akan dilancarkan melalui Steam pada tahun ini.


TIPS & ULASAN