Amazon Mula Mengambil Tindakan Kepada Penjual Permainan Video Haram

Amazon adalah laman membeli belah dalam talian yang popular di Amerika Syarikat. Ia turut membenarkan beberapa produk untuk pengguna di Malaysia melalui Amazon Global Shipping. Disebabkan ia adalah laman membeli belah dalam talian yang popular – Penipu mengambil kesempatan untuk menjual permainan video haram.

Buat masa ini, permainan video yang terjejas adalah Frostpunk yang dibina oleh 11 Bit Studios. Di Amazon terdapat penjual yang menjual permainan ini pada diskaun sehingga 90% iaitu dari $30 (~RM122) kepada $3 (~RM13).

Seorang pembeli terpedaya dengan tipu helah ini dan membeli permainan video pada harga diskaun ini. Walau bagaimanapun selepas memasang – permainan video itu didapati adalah versi daripada GOG .com yang dipakejkan semula dalam fail pemasangan tersendiri.

Sedar akan perkara ini, pihak Amazon mula mengambil tindakan – kerana mereka bertanggungjawab. Pihak 11 Bit Studios turut membantu pembeli yang tertipu jika mereka telah terpedaya. Pembeli boleh hubungi [email protected] untuk bantuan.

Sohor Kini