Informasi Permainan Video Terkini
Selepas 3 Tahun Dikeluarkan Fate/Grand Order Menjana Pendapatan Sebanyak $2 Bilion

Selepas 3 Tahun Dikeluarkan Fate/Grand Order Menjana Pendapatan Sebanyak $2 Bilion

Diterbitkan pada July 17, 2018 oleh .

Permua gacha sudah semestinya dikaitkan dengan pembelian di dalam permainan dan juga sistem kotak tikam. Pemain yang mengemari sesuatu permainan ini sudah semestinya sanggup untuk berbelanja wang ringgit agar mendapat watak yang diinginkan selain menaikkan tahap watak tersebut.

Antara permua gacha yang popular sekarang adalah Fate/Grand Order keluar Aniplex dan Sony. Berdasarkan laporan Sensor Tower, semenjak dikeluarkan pada Ogos 2015. permua tersebut sudah menjana $2 bilion secara global.

Ini adalah berdasarkan laporan oleh Aniplex yang mengatakan permua ini sudah mencapai pendapatan $1.8 bilion pada tahun lepas dan menjana $290 juta pada suku lepas.

Buat masa ini permua ini masih popular di kalangan pemain di Jepun dengan 97% pemain berasal dari Jepun. Jika mengikut platform, 64% pendapatan adalah dari pemain di iOS manakala Android 36%. Ini kemungkinan besar kerana pengguna di Jepun lebih ramai menggunakan iOS berbanding Android.

Permua ini sudah dikeluarkan untuk pasaran asia tenggara, tetapi tidak secara rasmi untuk Malaysia.


TIPS & ULASAN