Informasi Permainan Video Terkini
Hungry Shark World Kini Tiba Di Konsol – Sempena 500 Juta Muat-Turun Buat Versi Permua

Hungry Shark World Kini Tiba Di Konsol – Sempena 500 Juta Muat-Turun Buat Versi Permua

Diterbitkan pada July 17, 2018 oleh .

Hungry Shark World iaitu salah satu permainan mudah-alih (Permua) oleh Ubisoft kini tiba buat konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch bersempena dengan 500 Juta Muat-Turun untuk versi permua.

Permainan tersebut dibangunkan oleh Future Games Of London iaitu sebahagian daripada studio pembangun Ubisoft. Permainan tersebut asalnya dilancarkan sebagai versi permua di iOS dan Android pada 2016 lepas dan kini ianya bakal tiba di lautan yang lebih luas di konsol.

Melalui permainan ini, pemain akan mengawal seekor ikan jerung yang mana pemain perlu makan dan bertempur dengan pelbagai jenis ikan lain untuk menjadi pemburu laut yang berkuasa. Permainan ini juga mempunyai empat dunia yang menarik khas buat pemain untuk bermain dengan lebih dari 250 misi dan 20 jenis jerung yang boleh dinaik-taraf.

Versi konsol ini juga dibangunkan khas dengan sokongan kawalan melalui alat kawalan setiap konsol dan juga sokongan resolusi 4k buat Playstation 4 Pro dan Xbox One X.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini di konsol melalui kedai atas-talian digital ataupun mana-mana pengedar rasmi permainan tersebut.


TIPS & ULASAN