Informasi Permainan Video Terkini
Acara Kolaborasi Final Fantasy XIV x Monster Hunter World Bermula 7 Ogos
PC

Acara Kolaborasi Final Fantasy XIV x Monster Hunter World Bermula 7 Ogos

Diterbitkan pada July 17, 2018 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan acara kolaborasi antara Monster Hunter World x Final Fantasy XIV buat permainan Monster Hunter World yang mana kali ini, Square-Enix pula mengumumkan kandungan-kandungan Monster Hunter yang bakal tiba buat permainan Final Fantasy XIV.

Acara ini asalnya diumumkan ketika E3 2018 lepas yang memperlihatkan raksasa Rathalos beraksi di dalam permainan Final Fantasy XIV. Selain itu, watak Felyne dari siri Monster Hunter juga bakal tiba buat Final Fantasy XIV sebagai peneman pemain.

Menariknya, pemain juga berpeluang untuk mendapat sebilangan kandungan perisai daripada siri Monster Hunter seperti set perisai Rathalos. Selain pemain juga berupaya untuk menunggang Rathalos sebagai raksasa Mount. Untuk kesemua senarai kemaskini yang tiba buat permainan tersebut, anda boleh melayari laman rasmi permainan tersebut.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba kelengkapan Monster Hunter dan juga bertempur dengan Rathalos di dalam permainan Final Fantasy XIV bermula 7 Ogos ini.


TIPS & ULASAN