Twitch Prime Memberikan Kostum Khas Deadmau5 Untuk PUBG

Pelanggan Twitch Prime selain mendapat permainan percuma setiap bulan, mereka juga akan mendapat pelbagai barangan di dalam permainan. Kebiasaan Twitch memberikan kostum untuk Fortnite, bulan ini mereka memberikan kostum untuk PUBG dengan rekaan berdasarkan Deadmau5 iaitu DJ terkenal.

Jika anda pelanggan Twitch Prime, anda hanya perlu menuntut crate PUBG khas melalui Twitch dan anda juga mesti menyambungkan akaun PUBG anda dengan Twitch, ini boleh dilakukan di dalam permainan PUBG.

Apabila membuka crate tersebut anda akan mendapat topi, tshirt, dua jaket, dua seluar dan kasut, kesemua barangan ini hanya boleh digunakan melalui PUBG versi PC. Menurut Twitch ada 4 lagi barangan percuma untuk PUBG yang akan diberikan tetapi ia akan diumumkan kemudian. Pemberian ini adalah bersempena sambutan Twitch Prime Day pada bulan ini, mereka juga menawarkan 21 permainan percuma untuk bulan ini.

Anda boleh melanggani Twitch Prime dengan harga $5.99 (RM23) sebulan akan tetapi untuk 6 bulan pertama langganan akan berharga $2.99 (RM11) sebulan mengunakan pautan ini. Melalui Twitch Prime, pelanggan akan mendapat langganan untuk satu channel percuma setiap bulan di Twitch dan juga dapat mengakses Twitch tanpa iklan. Selain itu pelanggan juga dapat melayari Prime Video iaitu perkhidmatan seakan Netflix oleh Amazon.

Sohor Kini