Sebelum ini Neil Druckmann, pengarah kreatif siri Uncharted menyatakan bahawa mereka berminat untuk menghasilkan filem berdasarkan francais Uncharted.

Kini, pengarah filem Gridlocked dan Tapped Out, Allan Ungar menghasilkan satu filem pendek nyata berdasarkan siri Uncharted yang dibintangi oleh Nathan Fillion sebagai Nathan Drake, Stephen Lang sebagai Sully dan Mircea Monroe sebagai Elena.

Filem pendek berdurasi 14 minit tersebut memaparkan adegan-adegan Nathan bersama-sama watak Sully bertempur dengan penjahat dan juga memaparkan sebilangan sejarah-sejarah harta karun seperti permainan Uncharted.

Filem pendek juga mempertontonkan adegan lucu yang sangat menarik bersama dengan aksi penembakkan yang pasti buat anda terkenang semula dengan siri Uncharted. Dari segi persembahan watak pula, Nathan Fillion sememangnya memegang watak Nathan Drake dengan baik sekali dengan perwatakkan licik beliau.

Selepas menonton filem tersebut, kami di Aksiz semakin tidak sabar untuk menyaksi filem Uncharted yang bakal di hasilkan oleh Sony sendiri. Apakah pendapat anda berkenaan filem pendek Uncharted yang dihasilkan oleh peminat tersebut?

Sohor Kini