Skip to main content

2016 lepas, Capcom melancarkan semula permainan Resident Evil 4 di konsol Playstation 4 dan Xbox One dengan sebilangan pernaik-tarafan visual. Namun, permainan pernambah-baikkan tersebut masih lagi mempunyai visual yang agak rendah daripada apa yang diharapkan oleh peminat.

Kini, setelah hampir empat tahun dengan hanya dibangunkan oleh dua peminat, Cris dan Albert mereka kini akhirnya melancarkan versi pernambah-baikkan buat permainan Resident Evil 4 yang dinanti-nantikan oleh peminat.

Melalui mod Resident Evil 4 HD Project, mereka bukan sahaja meningkatkan visual tekstur permainan dengan kualiti yang lebih tinggi, malah mengubah-suai pelbagai model 3D yang lebih baik dan teratur. Mereka juga membuat sebilangan pernaik-tarafan buat paparan antara muka permainan yang sesuai dengan kualiti resolusi tinggi.

Mod ini juga memfokuskan peningkatan visual buat kawasan perkampungan, instana dan juga pulau di dalam permainan tersebut. Menariknya, mereka juga mengemaskini visual bagi adegan-adegan permainan dengan menggantikan model yang pelik kepada model yang lebih jelas termasuklah mod Separate Ways untuk watak Ada dan juga mod Mercenaries.

Namun, menurut pembangun mod ini, mereka menyatakan masih lagi terdapat sebilangan kawasan yang mereka masih belum kemaskinikan, namun dengan apa yang mereka paparkan di video di atas, kami sudah pun terpegun dengan hasil kualiti yang mereka lakukan.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan mod ini, ianya boleh dimuat-turun secara percuma melalui laman rasmi Resident Evil 4 HD Project. Namun, mod ini hanya boleh digunakan untuk pemain PC dengan menggunakan permainan asli yang dibeli melalui Steam.

[download] Muat-Turun: Resident Evil 4 HD Project [/download]

Leave a Reply