Skip to main content

Saintis informasi Supercell Jarno Seppänen berkongsi bagaimana Clash Royale mengunakan pembelajaran mesin ataupun machine learning untuk mengoperasikan kedai kad mereka.

Beliau mengatakan pasukan mereka adalah kecil dan ingin ia kekal begitu. Disebabkan itu mereka perlu menggunakan sistem automatik untuk kebanyakan operasi dan boleh memfokuskan usaha mereka untuk sesuatu yang lebih besar.

Sistem ini beroperasi dengan mengambil kira pelbagai maklumat seperti jumlah kad yang pemain ada, adakah pemain sering membeli kad tersebut untuk menentukan kad apa yang akan dikeluarkan di kedai khas untuk setiap pemain.

Dengan adanya sistem ini, ia meningkatkan lebih lagi kadar pembelian kerana Clash Royale akan menawarkan kad-kad yang diinginkan oleh pemain. Anda boleh menonton perkongsian oleh Seppänen secara penuh di bawah.

Leave a Reply