Informasi Permainan Video Terkini
The Banner Saga Trilogi Versi Fizikal Untuk Switch Akan Tiba Suku Ketiga Tahun Ini

The Banner Saga Trilogi Versi Fizikal Untuk Switch Akan Tiba Suku Ketiga Tahun Ini

Diterbitkan pada July 16, 2018 oleh .

The Banner Saga 3 iaitu pelengkap kepada siri permainan The Banner Saga akan dikeluarkan pada 24 Julai nanti, bersamanya The Banner Saga Trilogy versi fizikal juga akan dikeluarkan untuk Playstation 4 dan Xbox One manakala PC akan menerima secara digital.

Permainan ini turut dikeluarkan untuk Switch akan tetapi versi fizikal untuk The Banner Saga Trilogy hanya akan tiba pada suku ketiga tahun ini.

Namun buat masa ini tiada pengesahan sama ada kesemua permainan boleh di akses melalui kartrij ataupun hanya The Banner Saga 3 dan selebihnya perlu dimuat turun. Mereka juga masih tidak mengesahkan jika ia akan ditawarkan secara digital.

The Banner Saga 3 akan dikeluarkan pada 24 Julai 2018 untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN