Informasi Permainan Video Terkini
My Nintendo Memberikan 8 Rekaan Kulit Kotak Permainan Untuk Octopath Traveler

My Nintendo Memberikan 8 Rekaan Kulit Kotak Permainan Untuk Octopath Traveler

Diterbitkan pada July 16, 2018 oleh .

Octopath Traveler baru sahaja dikeluarkan secara eksklusif untuk Switch pada 13 Julai lepas, hari ini melalui My Nintendo anda boleh memuat turun 8 rekaan kulit kotak permainan baharu berdasarkan lapan watak di dalam permainan ini.

Anda boleh mendapat kulit ini dengan menukar 50 platinum points iaitu mata wang maya untuk akaun Nintendo. Selain itu anda juga boleh memuat turun wallpaper permainan ini untuk pelbagai saiz resolusi dengan juga menukar 50 platinum points.

Berdasarkan beberapa laporan terutama dari Jepun, dan juga pemerhatian kami di Malaysia permainan ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Di Jepun contohnya, terdapat masalah kerana permintaan adalah lebih tinggi berbanding jumlah permainan ini dipasarkan.

Kami sedang bermain permainan ini dah oleh kerana berdasarkan laporan sebelum ini permainan ini akan mengambil dari 80 hingga 100 jam untuk dihabiskan, kami berharap ulasan penuh akan dikeluarkan dalam masa seminggu dua.

My Nintendo: Kulit Kotak Permainan Octopath Traveler


TIPS & ULASAN