Informasi Permainan Video Terkini
Remnant: From The Ashes Diumumkan Oleh Gunfire Games – Bakal Tiba Tahun Hadapan
PC

Remnant: From The Ashes Diumumkan Oleh Gunfire Games – Bakal Tiba Tahun Hadapan

Diterbitkan pada July 16, 2018 oleh .

Gunfire Games, iaitu pembangun yang bertanggung jawab dengan permainan Darksiders III, kini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan terbaru iaitu Remnant: From The Ashes yang mana ia dirancang untuk dilancarkan pada tahun hadapan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Remnant: From The Ashes memfokuskan bentuk aksi bersama pertahanan hidup yang menempatkan pemain di dalama dunia pasca-apokalips. Ianya dibangunkan oleh Gunfire Games dan dilancarkan oleh Perfect World Entertainment.

Menurut pembangun, permainan ini menggunakan konsep penembak pandang ketiga dan pemain berupaya untuk bermain bersama rakan-rakan melalui multi-pemain sehingga empat pemain di dalam satu pasukan untuk bertempur dengan penakluk musuh bernama The Root.

Menariknya, permainan ini juga mempunyai sebilangan fungsi kemahiran pembuatan barangan dan pemain perlu bekerjasama untuk mengalah pelbagai jenis musuh.

Remnant: From The Ashes bakal tiba pada 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN