Skip to main content

The Bard’s Tale merupakan permainan klasik yang dikeluarkan pertama kali pada tahun 1985 dan yang terakhir The Bard’s Tale III pada tahun 1988 sebelum pembangun permainan ini Interplay Productions menutup syarikat mereka.

Pada tahun 2004, inXile Entertainment mengeluarkan The Bard’s Tale akan tetapi ia adalah sekadar permainan sampingan dan bukan sekuel kepada siri The Bard’s Tale yang dikeluarkan sebelum ini. Permainan ini dikeluarkan untuk Playstation 2, Playstation 4, Playstation Vita, Xbox, iOS dan Android.

Pada 2 Jun 2015, inXile Entertainment melancarkan kempen biayasama Kickstarter untuk permainan baharu The Bard’s Tale tyang merupakan sekul kepada siri The Bard’s Tale klasik iaitu The Bard’s Tale IV. Kempen tersebut berakhir dengan mengutip $1.5 juta dana berbanding $1.25 juta yang diminta.

Selepas 3 tahun kempen Kickstarter berakhir, permainan ini akhirnya mendapat tarikh pengeluaran. The Bard’s Tale IV akan dikeluarkan pada 18 September 2018 untuk PC. Ia juga akan dikeluarkan untuk konsol akan tetapi buat masa ini tiada tarikh pengeluaran diumumkan.

Leave a Reply