Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Berkongsi Video Khas Sempena Ulang Tahun Ke-20 Buat Permainan Brave Fencer Musashi

Square-Enix Berkongsi Video Khas Sempena Ulang Tahun Ke-20 Buat Permainan Brave Fencer Musashi

Diterbitkan pada July 16, 2018 oleh .

Brave Fencer Musashi merupakan permainan klasik yang dilancarkan di konsol Playstation 1 lepas. Kini, setelah 20 tahun sejak pelancarannya, iaitu pada 16 Julai 1998, Square-Enix memempertontonkan satu video khas sempena ulang tahun permainan tersebut.

Video tersebut memaparkan sebilangan karya seni permainan Brave Fencer Musashi bersama-sama muzik latar yang pasti akan membuat anda mengenang semula saat-saat ketika bermain permainan tersebut.

Sebagai seorang peminat tegar Brave Fencer Musashi, saya amat menyukai permainan ini dan rasa berbangga kerana Square-Enix masih lagi memberi penghormatan untuk salah satu permainan aksi RPG yang menarik di konsol Playstation 1. Saya sendiri juga berharap Square-Enix melancarkan semula permainan ini di konsol generasi kini walaupun pada pendapat kami ia agak mustahil.

Brave Fencer Musashi merupakan permainan yang dilancarkan oleh Squaresoft(Kini dikenali Square-Enix) pada tahun 20 lepas di konsol Playstation 1. Ia merupakan satu permainan aksi RPG yang memfokuskan watak Musashi bersama pendang legendanya, Lumina dan Fusion.

Bagi anda yang ingin mencubanya, permainan ini boleh didapati buat konsol Playstation 3 ataupun Playstation Vita melalui permainan klasik Playstation 1 di Playstation Store.


TIPS & ULASAN