Informasi Permainan Video Terkini
Permua Fortnite Dimuat Turun Lebih Sedikit Berbanding PUBG Mobile Tetapi Menjana Lebih Banyak Pendapatan

Permua Fortnite Dimuat Turun Lebih Sedikit Berbanding PUBG Mobile Tetapi Menjana Lebih Banyak Pendapatan

Diterbitkan pada July 9, 2018 oleh .

Minggu pertama PUBG Mobile dikeluarkan permua tersebut mendapat lebih 23 juta muat turun manakala Fortnite hanya 3.4 juta akan tetapi ini mungkin disebabkan Fortnite tidak dikeluarkan untuk Android.

Namun, berbeza pula bila mengenai pendapatan yang dijana. Berdasarkan laporan Sensor Tower, Fortnite menjana pendapatan sebanyak $92 Juta dalam masa 11 minggu berbanding $19 juta untuk PUBG Mobile dalam masa yang sama.

Dari segi penjanaan, Fortnite mempunyai kelebihan kerana ekonomi yang digunakan adalah lebih menarik berbanding PUBG terutama dari segi Battle Pass.

PUBG yang memperkenalkan Royale Pass baru-baru ini memperlihatkan peningkatan pendapatan sebanyak 265% dengan menjana $6.1 juta secara purata setiap minggu berbanding $1.3 juta sebelum Royale Pass diperkenalkan.

Buat masa ini tawaran yang diberikan oleh Royale Pass agak kurang berbanding Battle Pass tetapi mungkin selepas ini PUBG Mobile akan dapat bersaing dengan Fortnite dari segi penjanaan kewangan. Ini juga mungkin petanda yang lebih banyak permainan akan menggunakan pas seperti Battle Pass dan Royale Pass berbanding kotak tikam untuk menjana kewangan.


TIPS & ULASAN