Informasi Permainan Video Terkini
The Sims Mobile Menjana Pendapatan Sebanyak $15 Juta Dalam Masa 4 Bulan

The Sims Mobile Menjana Pendapatan Sebanyak $15 Juta Dalam Masa 4 Bulan

Diterbitkan pada July 9, 2018 oleh .

The Sims Mobile merupakan permua kedua berdasarkan siri permainan The Sims selepas The Sims FreePlay. Berdasarkan laporan oleh Sensor Tower,permua tersebut setakat ini telah menjana $15 juta selepas dikeluarkan pada Mac lepas untuk iOS dan juga Android.

The Sims Mobile merupakan permainan kelapan paling banyak menjana pendapatan bagi permua keluaran EA akan tetapi The Sims FreePlay yang dikeluarkan pada tahun 2011 menjana dua kali ganda lebih banyak pendapat pada bulan Jun menjadi permua ketiga paling banyak menjana pendapatan.

Jika mengikut negara 59% pendapatan adalah dari Amerika Syarikat, jauh meninggalkan negara lain dengan tempat kedua adalah Great Britain yang hanya menjana 8% dari keseluruhan pendapatan. Buat masa ini strategi EA adalah terus menyokong kedua-dua permua akan tetapi ada ura-ura mengatakan The Sims Mobile sepatutnya mengganti The Sims FreePlay.


TIPS & ULASAN