Filem Sonic The Hedgehog bakal dihasilkan oleh Paramount dan salah satu watak utama permainan video klasik ini bakal dilakonkan oleh Jim Carrey. Menurut laporan Deadline, Carrey sedang dalam proses perbincangan untuk melakonkan watak Dr Robotnik, musuh ketat Sonic dan rakan-rakan haiwan beliau.

Menariknya mengenai filem Sonic The Hedgehog ini ialah ia sebuah filem aksi sebenar dan bukannya sebuah filem animasi. Selain Carrey, James Marsden turut telah disahkan akan menyertai filem ini. Marsden ialah pelakon yang terkenal dengan watak Cyclops dari filem X-Men. Sedikit merisaukan ialah filem ini akan diarahkan oleh Jeff Fowler yang hanya berpengalaman mengarah filem pendek Gopher Broke pada tahun 2004.

Filem adaptasi dari permainan video setakat ini lebih banyak yang mengecewakan. Peminat siri Sonic hanya boleh berharap adaptasi watak landak ini tidak akan mengalami nasib yang sama.

Sohor Kini