E3 merupakan antara acara terbesar di dalam industri permainan video dan sudah semestinya menjadi topik yang hangat dibincangkan terutama di laman sosial.

Minggu ini Twitter mengeluarkan laporan mereka mengenai E3. Mereka melaporkan yang kuciran mengenai permainan video meningkat sebanyak 94% semasa E3 berbanding minggu sebelum ini.

Secara keseluruhan terdapat 15 juta kuciran yang berkait dengan E3 pada minggu tersebut dan semasa persidangan Nintendo yang melihatkan peningkatan kuciran tertinggi.

Jika mengikut negara, berikut adalah 5 negara yang paling banyak pengguna Twitter mengeluarkan kuciran mengenai E3:

  1. Amerika Syarikat
  2. Jepun
  3. United Kingdom
  4. Sepanyol
  5. Perancis

Topik yang popular dikucirkan adalah seperti berikut:

  1. Nintendo (@Nintendo)
  2. Xbox (@Xbox)
  3. Super Smash Bros. (#SuperSmashBros)
  4. Fallout (@Fallout)
  5. Playstation (@PlayStation)
  6. Kingdom Hearts (@KINGDOMHEARTS)
  7. Ubisoft (@Ubisoft)
  8. Elder Scrolls (@ElderScrolls)
  9. Death Stranding (#DEATHSTRANDING)
  10. Fortnite (@FortniteGame)

Manakala untuk permainan baru yang diumumkan berikut adalah yang menerima paling banyak kuciran:

  1. Super Smash Bros. Ultimate
  2. Kingdom Hearts 3
  3. Fallout 76
  4. The Last of Us 2
  5. Death Stranding

Pengumuman yang mendapat paling banyak reaksi dan kuciran adalah seperti berikut:

  1. Pengumuman tarikh pengeluaran untuk Super Smash Bros. Ultimate
  2. Ridley diumumkan sebagai watak baru untuk Super Smash Bros. Ultimate
  3. Bethesda mengumumkan Elder Scrolls VI

Jika kuciran diambil kira boleh dikatakan Nintendo memenangi E3 kali ini walaupun hanya memfokuskan kepada satu permainan sahaja iaitu Super Smash Bros. Ultimate, akan tetapi dengan jumlah pemain yang ramai menunggu permainan ini sudah cukup untuk menjadi topik perbualan ramai.

Jika anda ingin mengikut kesemua pengumuman yang dilakukan semasa persidangan E3, anda boleh menggunakan pautan ini.

Sohor Kini