Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite World Cup Akan Diadakan Pada 2019 Dengan Hadiah Berjumlah RM400 Juta

Fortnite World Cup Akan Diadakan Pada 2019 Dengan Hadiah Berjumlah RM400 Juta

Diterbitkan pada June 13, 2018 oleh .

Bersama-sama perkongsian angka pemain terkini mereka, Epic Games hari ini turut mengumumkan yang mana mereka akan menganjurkan kejohanan pada peringkat global, dipanggil Fortnite World Cup.

Fortnite World Cup akan diadakan pada 2019, tetapi peringkat saringan untuknya dijangka akan bermula pada tahun ini.

Fortnite World Cup dilihat akan memfokuskan kepada permainan berbentuk Solo dan Duo. Segala pusingan kelayakkan akan berdasarkan kepada merit. Epic mengatakan mereka tidak akan menjual sebarang francais atau pasukan seperti beberapa perlawanan e-sukan yang lain.

Pihak Epic Games dijangka berkongsi lanjut mengenai Fortnite World Cup dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN