Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Mengesahkan Kemunculan Odyssey Tidak Bermakna Assassin’s Creed Akan Dikeluarkan Setiap Tahun

Ubisoft Mengesahkan Kemunculan Odyssey Tidak Bermakna Assassin’s Creed Akan Dikeluarkan Setiap Tahun

Diterbitkan pada June 13, 2018 oleh .

Assassin’s Creed Odyssey akan hadir pada bulan Oktober tahun ini kurang setahun selepas Origins. Mungkin ramai yang tertanya-tanya sama ada ini bermakna Ubisoft akan kembali kepada penghasilan siri Assassin’s Creed setiap setahun sekali?

Menurut Yves Guillemot, CEO Ubisoft, mereka tidak akan menghasilkan permainan ini setiap tahun. Dalam kes Odyssey, ia sebenarnya sudah dalam pembangunan selama tiga tahun dan dihasilkan selari dengan Origins. Ini adalah sebab mengapa ia dikeluarkan tahun ini. Pihak Ubisoft akan hanya melancarkan permainan sekiranya ia sudah siap. Oleh sebab itulah tiada pengumuman untuk Splinter Cell dan WatchDogs baru diumumkan.


TIPS & ULASAN