Hari ini ketika acara persidangan Ubisoft, mereka menyatakan bahawa permainan Rainbow Six Siege kini mencapai 35 juta pemain. Pada April lepas, permainan tersebut diumumkan mencapai 30 juta pemain, sekaligus sepanjang 2 bulan ini, ia meningkat sebanyak 5 juta pemain untuk Rainbow Six Siege tersebut.
Namun, bukan itu sahaja yang dikongsikan oleh mereka dimana menjelang Ogos ini, mereka akan melancarkan siri dokumentari berkenaan pemain-pemain Rainbow Six Siege.
Menurut Ubisoft mereka sangat bangga dengan sokongan komuniti oleh peminat terhadap permainan tersebut dan menurut Ubisoft, mereka akan terus menyokong dengan mengadakan pelbagai acara e-sukan dan kemaskini yang pastinya akan membuat pemain kembali ke permainan tersebut.
Ini merupakan satu tindakan yang bagus buat Ubisoft, memandangkan permainan tersebut telahpun masuk tahun ketiga sejak pelancarannya dan Ubisoft masih lagi mengemaskini pelbagai lagi kandungan tambahan yang pastinya akan membuat permainan tersebut lebih seronok dimainkan.
Rainbow Six Siege merupakan permainan penembak pandang pertama yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia dilancarkan sejak 2015 lepas dan menerima pelbagai kemaskini oleh Ubisoft dengan pelbagai pernambahan Operator baru dan peta kawasan baru. Bagi anda yang berminat, permainan tersebut boleh dimainkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.