Informasi Permainan Video Terkini
Wolfenstein: Youngblood Diumumkan – Menyertakan Mod Koperasi
PC

Wolfenstein: Youngblood Diumumkan – Menyertakan Mod Koperasi

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Bethesda melalui persidangan di E3 mengumumkan permainan terbaru untuk siri Wolfenstein iaitu Wolfenstein: Youngblood. Permainan ini berlaku 20 tahun selepas kejadian Wolfenstein II: The New Colossus. BJ menghilangkan diri di Paris iaitu negara yang dijajah oleh Nazi dan anak kembar BJ akan meneruskan perjuangan beliau.

Pemain boleh bermain secara solo ataupun secara berkoperasi dan akan memegang watak Jessica dan Sophia Blazkowicz iaitu anak perempuan kembar kepada Anya dan BJ. Permainan ini akan dikeluarkan pada tahun 2019.

Selain itu Bethesda turut mengumumkan Wolfenstein: Cyberpilot iaitu permainan VR berdasarkan siri Wolfenstein.


TIPS & ULASAN