Skip to main content

Ketika acara persidangan Xbox yang berlangsung hari ini, Microsoft mengumumkan permainan perlumbaan terbaru buat siri Forza, iaitu Forza Horizon 4 yang mana ia bakal tiba buat konsol Xbox One dan juga PC.

Menariknya juga permainan tersebut juga akan tiba di servis langganan Xbox Gamepass pada hari yang sama dengan pelancarannya.

https://www.youtube.com/watch?v=VmQNo8xtcAg

Ketika acara tersebut, Microsoft mempertayangkan sebilangan bentuk permainan buat Forza Horizon 4 yang mana ia memfokuskan bentuk permainan secara dunia terbuka.

Menariknya permainan ini akan berkongsi alam bagi pemain yang bermain di atas-talian dan bukan sahaja bentuk cuaca yang dinamik, malah setiap musim akan memberi kesan terhadap litar permainan tersebut. Contohnya jika musim sejuk, pemain berupaya untuk berlumba di atas sungai yang telah bertukar menjadi ais.

Microsoft menyatakan bahawa dari semasa ke semasa, mereka akan mengadakan pelbagai acara di dalam permainan tersebut dimana pemain bukan sahaja boleh menyertainya malah berjumpa dan terus berlumba dengan pemain lain tanpa perlu menukar ke pautan ataupun menu lain.

Menurut Microsoft, Forza Horizon 4 bakal tiba pada 4 Oktober 2018 ini di konsol Xbox One, Xbox Gamepass dan PC.

Leave a Reply