Informasi Permainan Video Terkini
Dead Or Alive 6 Diumumkan – Bakal Tiba Pada 2019 Ini Di Playstation 4, Xbox One Dan PC
PC

Dead Or Alive 6 Diumumkan – Bakal Tiba Pada 2019 Ini Di Playstation 4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada June 8, 2018 oleh .

Menjelang E3 2018 minggu hadapan, hampir kesemua pengeluar permainan sudah mula mengumumkan permainan-permainan yang bakal tiba pada masa akan datang dan Koei Tecmo juga tidak melepaskan mereka untuk mengumumkan permainan Dead Or Alive 6 yang mana ia dijadual kan untuk tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC pada tahun hadapan.

Bagi anda yang baru dengan siri Dead Or Alive, ia merupakan siri permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Team Ninja dan dilancarkan oleh Koei Tecmo.

Dead Or Alive 6 tampaknya merupakan siri terbaru permainan tersebut yang bakal memaparkan sebilangan watak-watak ikonik seperti Ryu Hayabusa dan Kasumi berdasarkan trailer tersebut.

Buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsikan dan menurut Koei Tecmo, mereka akan berkongsinya pada 11 Jun ini. Seperti biasa kami di Aksiz akan berkongsinya setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN