Skip to main content

Pada acara E3 minggu hadapan, kami di Aksiz akan mengadakan acara langsung khas di laman Facebook Aksiz bagi dua acara persidangan iaitu Sony Playstation dan Nintendo. Pada masa yang sama kami juga akan mengadakan pemberian hadiah ketika acara tersebut secara langsung.

Terdapat sebilangan hadiah misteri yang bakal kami berikan dimana anda hanya perlu menonton acara persidangan tersebut secara langsung bersama kami dan meninggal komen untuk berpeluang memenangi hadiah tersebut.

Bagi senarai penuh untuk acara persidangan E3, kami juga telah berkongsinya pada beberapa minggu lalu di pautan ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama kami pada E3 minggu hadapan, di acara Playstation pada hari Selasa(12 Jun) jam 8:45 pagi dan acara Nintendo juga pada hari Selasa(12 Jun) jam 11:45 malam di Facebook Aksiz.

Manakala sepanjang acara E3 yang berlangsung antara 8 sehingga 14 Jun kami akan kongsikan kesemua informasi dan berita permainan video terkini di Aksiz.com.

Leave a Reply