Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan bahawa edisi terhad permainan Owlboy akan dilancarkan pada 13 Julai ini, namun kini menurut pengeluar permainan tersebut, SOEDESCO mereka menyatakan bahawa edisi terhad tersebut akan ditunda sehingga 31 Ogos ini.

Menurut SOEDESCO, penundaan ini adalah disebabkan bahawa mereka ingin memastikan seluruh peminat yang membuat pra-tempahan edisi terhad tersebut terima pada masa yang sama. Sekaligus, mereka menunda untuk memastikan ia akan dilancarkan secara global pada masa serentak.

Sememangnya permainan Owlboy sudahpun dilancarkan April lepas dan edisi terhad adalah buat mereka yang ingin mengumpul barangan esklusif dan menjadi salah satu pemilik daripada 6000 unit yang dilancarkan.

Bagi anda yang ingin mengetahui kandungan yang disertakan melalui edis terhad ini, anda boleh ke pautan ini untuk informasi lanjut.

Leave a Reply