Skip to main content

Sebelum ini THQ Nordic berkongsi yang mana permainan De Blob dari konsol Nintendo Wii beberapa tahun lepas akan dilancarkan semula di Switch. Kini, tarikh pelancarannya akhirnya diumumkan secara rasmi iaitu pada 26 Jun ini.

De Blob adalah permainan 3D Platformer dimana anda akan mengawal sebuah gumpalan warna dan mewarnakan kembali bandar-bandar untuk memberi warna kembali ke dunia. Permainan ini dikeluarkan oleh THQ dan dibangunkan oleh Blue Tongue Entertainment.

Kini Blitworks sekali lagi akan bertanggung jawab untuk pembangunan permainan tersebut di Switch seperti pembangunan untuk konsol-konsol lain sebelum ini.

Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan De Blob kembali di konsol Nintendo, anda bakal berbuat demikian pada 26 Jun ini.

Leave a Reply