Informasi Permainan Video Terkini
Persona 3: Dancing In Moonlight Dan Persona 5: Dancing In Starlight Bakal Tiba Secara Global 2019 Ini

Persona 3: Dancing In Moonlight Dan Persona 5: Dancing In Starlight Bakal Tiba Secara Global 2019 Ini

Diterbitkan pada June 8, 2018 oleh .

Sebelum ini, Atlus mengumumkan bahawa permainan Persona 3 dan Persona 5 akan mendapat permainan sampingan yang memfokuskan penarian seperti Persona 4: Dancing All Night. Namun ketika itu, permainan tersebut dijadualkan untuk pasaran Jepun sahaja.

Namun kini, Atlus akhirnya mengumumkan kedua-dua permainan tersebut bakal tiba buat pemain global pada tahun 2019 ini.

Menariknya bagi versi global, tajuk kedua-dua permainan tersebut mendapat sedikit perubahan, dimana sebelum ini ia dinamakan sebagai Persona 3: Dancing Moon Night dan Persona 5: Dancing Star Night. Kini buat versi global ia akan dinamakan sebagai Persona 3: Dancing In Moonlight Dan Persona 5: Dancing In Starlight

Menariknya juga, kedua-dua permainan tersebut bakal dilancarkan bukan sahaja di konsol Playstation 4 malah Playstation Vita. Tampaknya pada 2019, Playstation Vita masih lagi akan mendapat permainan baru. Namun, buat masa ini Atlus belum berkongsi berkenaan edisi terhad permainan seperti yang dilancarkan untuk pasaran Jepun.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, kedua-dua permainan tersebut merupakan permainan sampingan daripada siri Persona yang mana ia memfokuskan permainan berbentuk rentak muzik dan penarian berdasarkan watak siri Persona.

Melalui permainan ini, pemain akan melakukan pelbagai gerak tari diiringi dengan muzik-muzik daripada siri Persona. Menurut Atlus, mereka juga akan menyertakan kedua-dua suara latar bahasa Jepun dan juga bahasa Inggeris.

Seperti biasa, kami akan berkongsi tarikh pelancaran kedua-dua permainan tersebut apabila ia dilancarkan kelak.


TIPS & ULASAN