Informasi Permainan Video Terkini
Days Gone Akan Dilancarkan Pada 22 Februari 2019 Esklusif Di Playstation 4

Days Gone Akan Dilancarkan Pada 22 Februari 2019 Esklusif Di Playstation 4

Diterbitkan pada June 8, 2018 oleh .

Baru-baru ini, kita sering diperkongsikan informasi baru berkenaan permainan Days Gone seperti sejam pertama, jumlah masa permainan.

Namun kini, melalui perkongsian senarai permainan oleh Sony yang diumumkan baru-baru berkenaan jangka masa pengiraan ke E3, perkara kedua di dalam senarai tersebut akhirnya dikongsikan oleh Sony iaitu tarikh pelancaran Days Gone, akhirnya diumumkan.

Melalui pengumuman tersebut, Sony bukan sahaja berkongsi tarikh pelancaran malah mempertontonkan sebilangan haiwan baru seperti singa dan burung gagak yang dijangkiti, engan nama Criers.

Melalui video tersebut juga, Bend Studio mempertontonkan satu puak musuh baru iaitu RIP, dimana mereka merupakan satu kultus yang menyembah zombi-zombi Freakers tersebut. Terdapat pelbagai lagi adegan yang dikongsikan dimana anda boleh menontonnya di atas.

Days Gone merupakan permainan zombi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Bend Studio secara esklusif buat konsol Playstation 4. Ia dirancang untuk dilancarkan pada 22 Februari 2019.


TIPS & ULASAN