Informasi Permainan Video Terkini
Total War: Three Kingdoms Ditunda Ke Suku Kedua 2019
PC

Total War: Three Kingdoms Ditunda Ke Suku Kedua 2019

Diterbitkan pada June 7, 2018 oleh .

SEGA sebelum ini mengumumkan yang permainan terbaru untuk siri permainan Total War iaitu Total War: Three Kindoms akan dikeluarkan pada suku keempat 2018.

SEGA ataupun Creative Assembly tidak menyatakan sebarang sebab penundaran ini tetapi mengumumkannya  melalui video trailer yang baharu yang memperlihatkan lebih maklumat mengenai watak Cao Cao.

Three Kingdoms berlaku ketika tahun 190 dan pada masa itu China dalam keadaan darurat. Han Dynasty menjadi lemah kerana mempunyai emperor yang masih muda dan hanya menjadi simbol, pemerintah sebenar adalah ketua perang Dong Zhuo yang mana beliau memerintah China dengan sangat kejam.

Untuk peminat siri Total War ini merupakan satu berita yang tidak baik, tetapi mungkin ini adalah peluang untuk bermain dengan lebih lama Total War Saga: Thrones of Britannia yang dikeluarkan pada 19 Mac lepas.


TIPS & ULASAN