Skip to main content

Sebelum ini, THQ Nordic mengumumkan bahawa permainan Red Faction Guerrilla akan dilancarkan semula sebagai permainan pernambah-baikkan dan kini, tarikh pelancaran permainan tersebut akhirnya diumumkan oleh mereka iaitu pada 3 Julai ini.

Dengan nama Red Faction Guerrilla Re-Mars-tered, permainan tersebut akan dilancarkan Playstation 4, Xbox One dan PC. Asalnya permainan tersebut dilancarkan di Playstation 3, Xbox 360 dan PC pada 2009 lepas.

Permainan Red Faction Guerrilla Re-Mars-tered akan bertempatkan 50 tahun selepas siri asal Red Faction yang pertama dimana pemain akan mengembara di kawasan dunia terbuka di planet Marikh. Melalui permainan ini, pemain akan bertempur bersama berupaya untuk memusnahkan pelbagai kawasan dan bangunan.

THQ Nordic menyatakan bahawa versi pernambah-baikkan ini akan dinaik-taraf dari segi visual grafik dengna tekstur baru dan juga peningkatan visual pencahayaan dan bayangan.

Dari segi prestasi di PC pula, permainan ini akan menyokong resolusi 4k termasuklah buat konsol Xbox One X dan Playstation 4 Pro. Bagi versi Playstation 4 biasa, ia akan menyokong resolusi 1080p dengan kadar 60FPS. Manakala Xbox One pula menyokong resolusi 900p dengan kadar 60FPS.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bermain semula permainan pernambah-baikkan tersebut bermula 3 Julai ini.

Leave a Reply