Sebelum ini, Kadokawa Games mengumumkan permainan Metal Max Xeno secara rasmi bahawa permainan tersebut akan dilancarkan secara global, kini tarikh pelancarannya akhirnya diumumkan oleh penerbit permainan tersebut iaitu NIS America, dimana ia bakal tiba pada 25 September ini di Playstation 4.

Sebelum ini, permainan tersebut telah pun dilancarkan bagi pasaran Jepun pada 19 April lepas buat Playstation 4 dan Playstation Vita. Namun bagi versi global, ia hanya akan dilancarkan di Playstation 4 sahaja.

NIS America juga sebelum ini mengumumkan edisi terhad bagi permainan tersebut yang mana ia akan menyertakan pelbagai kandungan seperti permainan itu sendiri, kotak khas, buku karya seni, pin besi dan muzik latar. Bagi anda yang berminat untuk membuat pra-tempahan, anda boleh melakukannya di laman rasmi permainan tersebut.

Metal Max Xeno merupakan permainan JRPG yang memfokuskan dunia pasca-apokaliptik dan kenderaan kereta kebal. Ia merupakan permainan ke-6 daripada siri Metal Max yang mana permainan pertamanya dilancarkan di Famicom pada 1991 lepas. Pelancaran Metal Max Xeno secara global juga merupakan permainan kedua siri Metal Max akan dilancarkan secara global dimana permainan akhir siri Metal Max yang dilancarkan secara global adalah Metal Saga di konsol Playstation 2 pada 2006 lepas.

Sohor Kini