Antara permua perlumbaan yang sering diminati oleh pemain permainan di telefon pintar, kini siri permua Asphalt kembali dengan judul Asphalt 9: Legends yang mana ia akan membawa kembali permainan perlumbaan arked yang diminati ramai di iOS, Android dan juga PC pada tahun ini.
Menurut Gameloft, permua ini akan menyertakan pelbagai pernaik-tarafan dari segi visual grafik yang lebih terperinci seakan permainan di konsol. Tambahan juga, Gameloft juga mengumumkan mod kawalan Touchdrive baru yang akan memberi pemain kawalan pemanduan yang lebih strategik dan seronok.
Selain itu, Gameloft juga menyatakan bahawa Alsphalt 9: Legends juga akan membawa kembali mod multi-pemain secara atas-talian dan menyokong sehingga 8 pemain.
Menurut naib presiden Gameloft, Alexandre Pelletier-Normand, beliau menyatakan siri permua Asphalt tersebut telah pun mempunyai lebih dari 650 juta muat turun dan mereka akan terus membawa hiburan yang lebih menarik buat komuniti permua tersebut. Beliau juga menyatakan Asphalt 9: Legends bakal memberi cabaran dan pengalaman perlumbaan yang lebih mengasyikkan buat pemain.
Buat masa ini, tarikh pelancaran permua Asphalt 9: Legends masih lagi belum diumumkan, namun menurut Gameloft, ia akan dilancarkan pada musim panas tahun ini iaitu antara bulan Jun sehingga September.