Sebelum ini, Nexon mengumumkan beta tertutup permainan Maple Story 2 dan kini tampaknya Nexon akan terus melancarkan francais permainan tersebut secara global yang mana hari ini, Nexon mengumumkan permua Maple Story M bakal tiba buat pengguna iOS dan Android.

Seperti permainan Maple Story 2, Maple Story M sebelum ini dilancarkan secara esklusif di Korea yang mana kini permua tersebut diumumkan bakal tiba secara global di iOS dan Android. Menurut Nexon, permua tersebut akan dilancarkan secara percuma dan bagi anda yang berminat, pra-pendaftaran permua tersebut telahpun dibuka melalui laman rasmi permua tersebut. Selain itu, Nexon juga menyatakan bagi mereka yang membuat pra-pendaftaran, Nexon akan menyertakan pelbagai kandungan apabila permua tersebut dilancarkan.

Maple Story M akan membawa kembali bentuk permainan asal Maple Story ke peranti telefon pintar yang mana ia masih lagi mengekalkan bentuk pengubah-suai seperti permain asalnya bersama penceritaan dan pertempuran daripada siri Maple Story. Melaluinya, pemain berpeluang untuk mengembara kembali di dunia Maple dan menggunakan lima watak unik dari siri permainan tersebut untuk mencari harta karun, menaik-taraf dan bertempur ketua musuh bersama rakan-rakan.

Menurt Nexon, permua tersebut akan dilancarkan pada 30 Mei ini di Kanada, Australia, New Zealand, Filipina dan Indonesia. Bagi pasaran Malaysia, ia masih lagi belum diumumkan dan Nexon juga menyatakan bahawa mereka akan melancarkan secara global pada tahun ini dengan sokongan sehingga 9 jenis bahasa.

Namun bagi anda yang berminat, jangan lupa untuk membuat pra-pendaftaran permainan tersebut dan menerima notifikasi setelah ia dilancarkan kelak.

Pra-Daftar : Maple Story M

Sohor Kini