Informasi Permainan Video Terkini
EA Menyatakan Informasi Terbaru Permainan Anthem Bakal Dikongsikan Ketika E3 Kelak
PC

EA Menyatakan Informasi Terbaru Permainan Anthem Bakal Dikongsikan Ketika E3 Kelak

Diterbitkan pada June 4, 2018 oleh .

Memandangkan acara E3 semakin hampir, kebanyakkan syarikat-syarikat pengeluar dan pembangun permainan kini sudah mula mempromosi informasi terbaru buat permainan mereka yang bakal tiba kelak.

Kini, Electronic Arts, atau EA berkongsi satu video acah yang mana mereka akan berkongsi dan mempertontonkan trailer terbaru buat permainan Anthem pada E3 nanti.

Sememangnya tak banyak yang dapat dipertontonkan berdasarkan video acah diatas kecuali sebahagian 3 saat daripada video tersebut seakan bentuk permainan terbaru yang bakal dikongsikan oleh EA bersama suara latar yang menyatakan ‘sesuatu akan memusnahkan mereka’.

Selain itu, EA juga menyenaraikan 5 aspek utama yang mereka bakal kongsikan berkenaan permainan Anthem. 5 aspek tersebut adalah:

  • Trailer baru – Trailer tersebut akan memaparkan sebahagian penceritaan, watak dan makhluk raksasa yang bakal tiba buat permainan tersebut.
  • Bentuk permainan – Menurut EA, kali ini mereka akan berkongsi lebih banyak informasi baru berkenaan bentuk permainan berbanding sebelum ini
  • Bentuk pertempuran – Mereka juga akan berkongsi bentuk pertempuran dengan lebih mendalam yang memfokuskan kuasa dan kemahiran pakaian Javelin Exosuit pemain.
  • Pandangan pembangun – EA menyatakan bahawa mereka akan berkongsi pandangan pembangun-pembangun dari Bioware yang mereka akan menunjuk bahagimana bermulanya pembangunan Anthem tersebut
  • Di sebalik tabir – Selain daripada pembangunan, EA juga akan berkongsi karya konsep dan karya produksi permainan tersebut

Walaupun sebelum ini EA mengesahkan bahawa permainan Anthem bakal tiba pada 2019, dengan perkongsian lanjut berkenaan Anthem, kami di Aksiz juga berminat untuk mengetahui lanjut berkenaan permainan seterusnya Bioware tersebut.

Anthem merupakan permainan seterusnya oleh Bioware yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain atas-talian. Menurut EA, ia bakal dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Bagi anda yang ingin menonton acara persidangan EA secara langsung, ia bakal berlangsung pada 10 Jun ini jam 2 pagi (Waktu tempatan). Dan bagi anda yang ingin mengetahui kesemua senarai sesi persidangan E3, anda boleh ke pautan ini.


TIPS & ULASAN