Skip to main content

Square-Enix minggu ini mengumumkan permua terbaru buat siri Star Ocean, iaitu Star Ocean: Anamnesis. Permua dirancang untuk dilancarkan pada Julai ini di iOS dan Android secara percuma.

Star Ocean: Anamnesis meletakkan pemain sebagai ketua pasukan dimana pemain perlu membawa pasukan daripada watak-watak siri Star Ocean tersebut untuk mengembara di galaksi permainan tersebut.

Melaluinya, pemain akan memilih lima jenis kelas watak terdiri daripada Attackers, Sharpshooters, Defenders, Invokers dan Healers untuk menghasilkan satu pasukan yang berkuasa dan bertempur dengan musuh. Permua ini juga mempunyai bentuk pertempuran yang pantas dengan visual grafik yang menarik. Ia juga akan menyertakan mod multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bekerjasama bersama pemain lain secara atas-talian.

Bagi anda yang ingin melihat bentuk permua tersebut, anda boleh tonton video contoh diatas dimana Square-Enix berkongsi sebilangan bentuk permainan dari segi pertempuran permua tersebut. Ia sememangnya memaparkan bentuk pertempuran yang sangat pantas dan menyertakan sebilangan watak-watak daripada siri Star Ocean sebelum ini.

Bagi anda yang ingin mendaftar diri untuk beta tertutup permua tersebut, anda boleh mendaftarnya melalui pautan ini bagi pengguna iOS. Square-Enix juga akan menyertakan sebilangan hadiah dan kandungan tambahan bagi mereka yang membuat pra-pendaftaran buat permua tersebut.

Leave a Reply