Informasi Permainan Video Terkini
Final Fantasy XV: Pocket Edition Akan Tiba Di PC 6 Jun Ini
PC

Final Fantasy XV: Pocket Edition Akan Tiba Di PC 6 Jun Ini

Diterbitkan pada June 4, 2018 oleh .

Sebelum ini, Square-Enix mengumumkan bahawa permainan Final Fantasy XV: Pocket Edition akan dilancarkan buat pengguna PC yang mana kini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancarannya iaitu pada minggu ini, 6 Jun.

Final Fantasy XV: Pocket Edition sebelum ini dilancarkan sebagai versi permua (Permainan Mudah-Alih) di iOS dan Android. Permainan tersebut merupakan versi ringkas daripada permainan asal Final Fantasy XV yang dilancarkan pada 2016 lepas. Dari segi penceritaan dan watak, ia akan mengandungi kesemua kandungan daripada permainan asal.

Kini dengan pelancarannya Pocket Edition di PC, bagi anda yang mempunyai PC yang berspesifikasi rendah, anda berpeluang untuk mencuba permainan tersebut tanpa perlu bermain versi Windows Edition yang memerlukan spesifikasi PC yang tinggi.

Selain daripada pengumuman tersebut, Square-Enix juga menyatakan bahawa mereka akan melancarkan kandungan baru buat Final Fantasy XV: Comrades dan juga Mod Organizer iaitu fungsi khas untuk mod bagi Final Fantasy XV: Windows Edition. Square-Enix juga akan menyertakan sebilangan kemaskini lain buat permainan tersebut.

 


TIPS & ULASAN