Informasi Permainan Video Terkini
LEGO DC Super-Villains Diumumkan – Bakal Tiba 16 Oktober Ini

LEGO DC Super-Villains Diumumkan – Bakal Tiba 16 Oktober Ini

Diterbitkan pada June 1, 2018 oleh .

Lanjutan daripada tertirisnya senarai permainan di Walmart bulan lepas, Warner Bros minggu ini mengumumkan bahawa permainan LEGO DC Super-Villains sememangnnya akan tiba buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC dan ia dirancang untuk dilancarkan pada 16 Oktober 2018.

Sememangnya permainan LEGO kali ini akan memfokuskan watak penjahat DC seperti Joker, Lex Luthor dan sebagainya dengan bentuk permainan yang sesuai untuk seisi keluarga seperti permainan-permainan LEGO sebelum ini.

Menurut laporan Kakucho Purei, permainan tersebut akan menyerupai permainan LEGO sebelum ini seperti LEGO Batman dan LEGO Marvel Super Hero dimana ia menyertakan mod koperasi dan kawasan yang luas untuk pemain bertempur dengna musuh dan melakukan misi.

Pemain juga berpeluang untuk mencipta watak penjahat mereka sendiri dengna pelbagai kuasa dan kemahiran yang pemain boleh dapatkan sepanjang bermain permainan tersebut.

Bagi anda yang meminati siri permainan LEGO, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan LEGO DC Super-Villains bermula 16 Oktober ini buat Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN