Skip to main content

GungHo Online Entertainment America hari ini mengumumkan dua permainan baru iaitu GALAK-Z: Variant S untuk konsol Nintendo Switch dan permua Call Of Guardians buat iOS dan Android.

Menurut mereka, kedua-dua permainan tersebut akan dipamerkan pada E3 bulan ini yang mana menjelang acara tersebut, terdapat sebilangan lagi permainan utama yang bakal diumumkan oleh mereka.

Buat permainan GALAK-Z: Variant S pula, ia merupakan permainan seterusnya buat siri GALAK-Z yang memfokuskan permainan pertempuran kapal angkasa. Permainan tersebut dibangunkan oleh 17-BIT dan menurut mereka, permainan tersebut mempunyai bentuk permainan yang menarik dan sesuai untuk dimainkan di konsol Switch secara mudah-alih ataupun secara mod atas meja.

Manakala permua Call Of Guardians pula akan meletakkan pemain di dalam permainan bentuk MOBA iaitu permainan multi-pemain atas-talian pertempuran secara arena yang dibangunkan oleh Signal Studios. Menurut merkea, permainan tersebut akan mempunyai sebilangan watak Guardians untuk pemain pilih, tingkatkan kuasa dan bertempur dengan musuh untuk mencapai juara.

Bagi pengumuman lain, pihak GungHo Online Entertainment akan berkongsinya pada masa akan datang dan seperti biasa, kami akan melaporkannya setelah diumumkan oleh mereka.

Leave a Reply