Informasi Permainan Video Terkini
Fighting EX Layer Akan Dilancarkan Pada 28 Jun Ini – Menyertakan Dua Versi Permainan

Fighting EX Layer Akan Dilancarkan Pada 28 Jun Ini – Menyertakan Dua Versi Permainan

Diterbitkan pada June 1, 2018 oleh .

Sebelum ini, kami berkongsi berkenaan dua versi pelancaran buat permainan perlawanan Fighting EX Layer iaitu versi Standard dan versi Light dan kini, ARIKA akhirnya berkongsi tarikh pelancarannya iaitu pada 28 Jun ini.

Selain itu, ARIKA juga melancarkan laman rasmi khas permainan tersebut yang mana mereka memaparkan segala informasi tambahan berkenaan Fighting EX Layer termasuklah senarai kemahiran watak dan informasi permainan tambahan.

Fighting EX Layer merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh ARIKA, yang mana mereka terkenal sebagai pembangun permainan Street Fighter EX. Permainan tersebut dibangunkan secara esklusif di Playstation 4.


TIPS & ULASAN