Level-5 minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan semula permainan Professor Layton And The Curious Village EXHD dalam bentuk pernambah-baikkan permua di iOS dan Android.

https://www.youtube.com/watch?v=yEsq1eF7xB4

Menurut Level-5, mereka akan menyertakan pernaik-tarafan dari segi visual grafik beresolusi tinggi dan animasi baru yang tidak dilancarkan sebelum ini.

Professor Layton And The Curious Village EXHD merupakan permua pernambah-baiknya yang asalnya ia dilancarkan di konsol mudah-alih Nintendo DS pada 2007 lepas. Namun buat masa ini, ia dirancang untuk dilancarkan di pasaran Jepun sahaja.

Tetapi memandangkan permua Layton’s Mystery Journey: Katrielle and the Millionaires’ Conspiracy juga dilancarkan secara global, kami percaya Level-5 akan membawa permua tersebut secara global.

Sohor Kini