Maxi, iaitu salah satu watak daripada permainan pertama Soul Calibur kini diumumkan bakal tiba di permainan perlawanan akan datang Soul Calibur VI oleh Bandai Namco.
Maxi merupakan watak lanun dan beliau menggunakan senjata nunchaku. Dengan serangan kombinasi yang pantas, Maxi merupakan salah satu watak yang diminati ramai sejak Soul Calibur pertama lagi. Kini beliau tiba dengan senjata nunchaku, Fatibal dan bakal tiba sebagai salah satu watak yang boleh dimainkan di Soul Calibur VI.
Bandai Namco juga sebelum ini mengumumkan watak Geralt Of Rivia dari siri permainan The Witcher dan Yoshimitsu bakal tiba buat permainan tersebut.
Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakkan. Soul Calibur VI dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.