Epic Games hari ini baru sahaja melancarkan kemaskini terbaru buat permainan Fortnite Battle Royale yang mana antara kemaskini yang mereka sertakan adalah penyertaan kenderaan buat permainan tersebut iaitu sebuah kart membeli-belah.
Kart membeli-belah tersebut akan membenarkan pemain untuk menunggangnya sebagai kenderaan, buat pertama kalinya di dalam permainan tersebut.
Menariknya, ia boleh ditunggang dengan seorang ataupun dua orang pemain dimana seorang pemain akan menolak kart tersebut manakala pemain satu lagi berupaya untuk berada di dalam bakul kart tersebut dan menembak atau membina seperti biasa.
Selain daripada itu, Epic Games juga menyertakan barangan baru seperti cendawan dimana pemain boleh gunakannya untuk meningkat perlidungan pemain. Mereka juga menambah pelbagai kemaskini lain dari keseimbangan permainan bersama pembetulan pepijat permainan.
Bagi anda yang bermain permainan Fortnite, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba kemaskini terbaru ini dan menunggang kart membeli-belah tersebut.